Sunday, May 24, 2015

MAKLUMAN! HEBAHAN!

ASSALAMMUALAIKUM dan Salam Sejahtera kepada semua follower Pusat Perubatan Alternatif Rohaimi. Semoga Allah terus merahmati anda semua. Saya ingin menyampaikan amanat dari Ustaz Rohaimi berkaitan dengan perubahan tempat perubatan. Buat pengetahuan semua, pusat perubatan yang beroperasi di Teluk Mas telah berpindah ke Masjid Tanah & Taman Sri Duyong, Melaka.

Berikut maklumat lengkap tentang perubahan tersebut:

Alamat di Masjid Tanah:
MT 1962, JALAN 5, TAMAN SRI AMAN,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

Alamat di Sri Duyong:
KEDAI NO. 9,
SEKSYEN 2/10,
TAMAN SRI DUYONG,
DUYONG, MELAKA.

ISNIN - KHAMIS : 2.00 petang - 12.00 malam
JUMAAT : Cuti
SABTU & AHAD : 10.00 pagi - 12.00 malam

CALL : 016 - 6451080 / 012 - 9344696 (Ustaz)
017 - 2085968 (Along)

Friday, November 5, 2010

Kitaran Cinta (Love Cycles)

Kali ini aku nak bercerita tentang kitaran cinta. Pada mulanya aku tak percaya pada kitaran cinta. Jujur. Aku menganggap ianya hanya satu kajian yang langsung tak boleh diterima. Tapi setelah aku mengalaminya, baru aku percaya. Bak kata orang, selagi tak kena kat batang hidung sendiri, selagi tulah tak percaya. So, jom kita lihat adakah kitaran cinta ini berlaku tak dalam percintaan korang yang suci tu.

Apabila kita bercinta, percintaan kita hanya akan bertahan selama 4 tahun. Mesti korang tak setujukan? Percayalah. Ini telah terbukti dengan kajian.

Pada tahun pertama dan kedua percintaan segalanya indah. 'I love u', 'I miss you', 'I going crazy because miss u' dan macam-macam ayat cintun yang korang gunakan. Rasanya, nak bagi tahu satu dunia yang korang itu 'loving couple' lah konon. Itu memang sifat semula jadi manusia. Ingin dicintai dan mencintai. So, no wonder lah pada tahun pertama dan kedua ni, korang begitu asyik dengan cinta. Makan tak lena, mandi tak basah. Semuanya adalah indah.

Namun apabila percintaan korang memasuki tahun ketiga, pada ketika ini telah mula lahirnya bibit-bibit pergaduhan. Pada masa ini, akan berlakunya permasalahan dalam hubungan korang. Time ni, nak tegur sikit merajuk. Tak SMS dah tarik muka masam. Tak wish gud nite pun dah jadi satu masalah besar. Pada masa ini, jika ada pihak yang mampu mengalah dan memohon maaf serta mengakui kesalahannya, hubungan ini akan baik kembali.

Tapi apabila percintaan korang telah memasuki tahun ke empat, pada ketika ini percintaan korang akan sering kali dilanda masalah. Pada tahun ke empat, masing-masing mula menunjukkan perangai sebenar. Sifat marah, kuat merajuk tak tentu pasal, sifat tak faham bahasa dan segala sifat-sifat negetif korang akan mula terserlah. Dan pada ketika itu, pergaduhan yang dahulunya jarang-jarang berlaku, kini akan sering berlaku. Boleh dikatakan hari-hari korang akan bergaduh. Kalau tak pun seminggu sekali mesti bergaduhlah. Sepertinya ia menjadi satu kewajipan dalam rutin kehidupan korang masa itu. Sehinggakan korang dah bosan dengan pasangan korang tu.

Apabila pergaduhan korang itu mencapai klimaksnya, tidak ada jalan lain melainkan PUTUS. Itulah penyelesaian terbaik untuk korang yang masih muda, yang bersekolah, & mereka-mereka yang belum mampu untuk berkahwin. Bagi mereka yang mampu untuk berkahwin, hubungan korang akan selamat jika diteruskan dengan ikatan yang lebih khusus iaitu bertunang atau pun berkahwin. So, hubungan cinta korang tak kan lah berakhir dengan perpisahan.

Jadi kesimpulannya, rancanganlah kisah cinta korang. Jangan cinta membabi buta. Tengok orang sekeliling bercinta, korang pun nak juga bercinta. So, rancang masa bercinta korang sesuai dengan keadaan sebab percintaan korang hanya mampu bertahan selama 4 tahun jer.

P/S: Kepada mereka yang telah lama menjalinkan percintaan melebihi had kitaran cinta, tahniah aku ucapkan. Tapi aku percaya, percintaan korang mengalami perkara yang sama seperti cerita aku ni. Moga hubungan cinta korang berakhir dengan ikatan yang sah iaitu 'suami isteri'~salam cinta

Thursday, November 4, 2010

Kembali dengan angan-angan..

Hari ini berbekalkan semangat Devali (DEEPAVALI) aku berjaya 'menghias' blog aku. Agak lama tidak untuk aku mengaktifkan diri kembali ke blog. Setelah semua benda ku rasakan bosan. Jadi, langkah untuk mengaktifkan diri dengan angan-angan akhirnya bermula. Blog ini berbeza dengan blog-blog aku yang lain. Aku nak bebas berkarya dan bebas berangan-angan tanpa sebarang sekatan (tanpa malu, tanpa segan, tanpa pandangan sinis). Hope korang sudilah follow blog aku ni..hahaha (blog yang tak formal)